Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow

GEORGE TOWN- Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil maklum akan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini dan akan mengambil ketetapan lanjut minggu depan.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata buat sementara, kerajaan negeri Pulau Pinang akan meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri Pulau Pinang pada Rabu depan.

“Justeru itu, pihak Kerajaan Negeri akan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri Pulau Pinang pada hari Rabu (10 Jun) bagi meneliti keputusan serta ketetapan PKPP dan mengeluarkan kenyataan lanjut selepas mesyuarat berkaitan,” menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata strategi itu adalah sejajar dengan usaha bagi mencapai keseimbangan antara kesihatan awam dengan kehidupan rakyat.

Katanya pembukaan sektor ekonomi sosial, budaya, pendidikan dan keagamaan secara berperingkat adalah ke arah mencapai normalisasi pasca-COVID-19.

Terdahulu, Muhyiddin mengumumkan bahawa PKPB akan digantikan dengan PKPP yang menyaksikan lebih banyak kelonggaran bermula 10 Jun hingga 31 Ogos.

— BERNAMA

3 Komen

  1. bebal punya KM..PKP ni dibawah MKN dan undang2 persekutuan..ko tak payah berlagak bodoh laaa..ko nak kuatkuasa apa dia? Ko ada polis & askar sendiri ka??? dah lah bodoh berlagak plak tu..Asal bodoh jer DAP…asal DAP jer bodoh…

  2. Jenis perasan ..dia ingat undang2 Malaysia dgn P P ni berbeza ke . Jenis tk cebok mmg bebal..

Comments are closed.