(PDRM) akan memantau pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di masjid, surau dan kawasan penyembelihan sempena Hari Raya Aidiladha yang akan disambut umat Islam esok.-Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sambutan Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban dibenarkan di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, bagaimanapun kebenaran itu tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) pihak berkuasa agama Islam.

Perdana Menteri mengumumkan kelonggaran itu dalam perutusan khas PKPP yang disiarkan secara langsung di televisyen dan media sosial.

Menurut Muhyiddin, kerajaan juga akan membenarkan lebih ramai jemaah hadir untuk solat berjemaah megikut ruang keluasan masjid.

Begitu juga dengan kehadian di rumah ibadat di mana SOP sedang diperhalusi oleh kerajaan dan akan diumumkan sedikit masa lagi.

PKPP akan bermula 10 Jun ini sehingga 31 Ogos selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tamat Selasa ini. – MalaysiaGazette