Dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula Rabu ini sehingga 31 Ogos – lebih banyak aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan oleh kerajaan.

Ia dibenarkan selepas lebih tiga bulan rakyat terpaksa mengehadkan pergerakan masing-masing bagi membendung penularan pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan tegas mengingatkan semua pihak supaya terus mengamalkan langkah pencegahan dan norma kehidupan baharu agar wabak tersebut tidak menular semula.

“Jika saudara dan saudari semua terus berdisiplin dan beristiqamah, saya percaya insyaAllah penularan wabak ini akan kekal terkawal dan kita akan memasuki fasa normalisasi selepas 31 Ogos 2020 sehinggalah vaksin untuk virus Covid-19 ditemui.