Hujah agama, yang diguna pakai golongan profesional bukan daripada bidang perubatan dan penjual produk-produk alternatif, mengenai keburukan vaksin adalah antara punca ramai ibu bapa menolak pengambilan vaksin untuk kesihatan anak-anak mereka, kata seorang pakar perubatan kesihatan awam.
Gambar hiasan

BEIJING – – China akan memperkukuhkan kerjasama antarabangsa dalam ujian vaksin klinikal Covid-19 di masa depan, berdasarkan kerjasama dalam pembangunan vaksin, kata Menteri Sains dan Teknologi.

China meluaskan usaha besar dalam mengembangkan vaksin koronavirus baharu yang bermula di pusat bandar Wuhan, dengan para penyelidik China melakukan lima ujian klinikal yang berasingan pada manusia, atau separuh daripada semua percubaan telah dilaksanakan secara global, menurut data oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Presiden Xi Jinping berikrar semasa Persidangan WHO bahawa vaksin yang dibangunkan oleh China akan menjadi “kebaikan umum global” sebaik sahaja ia boleh digunakan dan aan menjadi sumbangan China untuk memastikan akses dan kemampuan vaksin di negara-negara membangun.

Membangunkan “vaksin masih merupakan strategi kita mengatasi koronavirus baharu,” kata Menteri Sains dan Teknologi Wang Zhigang.

Tetapi pembangunan vaksin sangat sulit dan memerlukan waktu, katanya.

Dalam sebuah kertas putih yang dilancarkan oleh Pejabat Penerangan Majlis Negeri di persidangan tersebut, Kerajaan China mendesak kerjasama global, dengan mengatakan masyarakat antarabangsa harus menentang pihak yang mempolitikkan virus tersebut.

Namun ia tidak menamakan negara-negara tersebut.

Tetapi sebelum ini, pentadbiran Presiden Donald Trump telah menuduh China berselindung dan kurang telus mengenai wabak tersebut walaupun Beijing telah berulang kali menafikan tuduhan itu.

Bahkan China menegaskan ia sudah memaklumkan kepada dunia tentang wabak itu sejak awal lagi.

Ketua Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China memberi penerangan kepada rakan sejawatnya di AS melalui panggilan telefon mengenai virus yang tidak diketahui pada 4 Januari, menurut kertas putih itu.

Dalam kertas putih itu, pemerintah China mengatakan kos perubatan semua pesakit koronavirus di China berjumlah 1.35 bilion yuan (AS$ 191 juta) setakat akhir bulan Mei.

Presiden Xi telah berjanji untuk menyumbang AS$2 bilion untuk sokongan kewangan selama dua tahun akan datang untuk membantu menangani Covid-19, terutama di negara-negara membangun. – MalaysiaGazette