Gambar hiasan

DUBAI – Emirates dan Etihad Airways melanjutkan tempoh pengurangan gaji untuk kakitangan mereka hingga September kerana kedua-dua syarikat penerbangan ini sedang menyimpan rizab tunai ketika pandemik koronavirus.

Industri penerbangan paling teruk terjejas akibat wabak Covid-19 menyaksikan permintaan berkurangan hingga memaksa syarikat penerbangan memberhentikan kakitangan dan memohon bantuan kerajaan.

Syarikat penerbangan Emirates dan Etihad telah beroperasi terhad sejak sekatan pergerakan telah memulakan penerbangan pada bulan ini.

Emirates Dubai memberitahu pekerja pada hari Ahad bahawa ia akan melanjutkan pemotongan gaji tiga bulan lagi sehingga 30 September.

Dalam beberapa kes, pemotongan gaji juga akan ditingkatkan, dengan beberapa gaji pokok dikurangkan sebanyak 50%, menurut emel kepada pekerja Emirates Group.

Keputusan itu dibuat setelah meneliti semua kemungkinan pilihan untuk mengekalkan kedudukan aliran tunai, katanya.

Emirates Group milik kerajaan, mempunyai seramai 105, 000 orang pada bulan Mac dan termasuk syarikat penerbangan antara asetnya.

Emirates sebelum ini mengurangkan gaji asas sebanyak 25% hingga 50% selama tiga bulan dari bulan April, tetapi mengecualikan kepada kakitangan baharu.

Etihad Airways Abu Dhabi telah melanjutkan pemotongan gaji antara 25% hingga 50% hingga September, kata seorang jurucakap, setelah memberi mempertimbangkan untuk melindungi pekerja dan mengekalkan wang tunai.

Syarikat penerbangan ini pada asalnya mengurangkan gaji untuk bulan April.

Etihad minggu lalu memberhentikan beberapa kru kabin dan pihaknya tidak merancang pengurangan pekerja lagi.

Jurucakap mengatakan terdapat pertindihan pekerja di beberapa bidang penerbangan dan bulan lalu sumber memberitahu Etihad merancang untuk memberhentikan 1.200 pekerja.

Seperti syarikat penerbangan lain, Emirates dan Etihad telah memberhentikan pekerja kerana kesan perniagaannya. – MalaysiaGazette