Gambar hiasan

SYDNEY – Seekor jerung putih sepanjang 3 meter telah membunuh seorang peluncur ombak di New South Wales, kata polis.

Mamalia ganas itu telah mengigit kaki peluncur yang berusia antara 50 hingga 60 tahun itu di perairan Kingscliff, kira-kira 800 kilomter dari utara Sydney.

Beberapa individu cuba membantu lelaki berkenaan dengan melawan jerung tersebut namun sebaik sahaja mangsa di bawa ke pantai, dia disahkan meninggal dunia akibat luka-luka yang dialaminya.

Ini merupakan serangan maut ketiga membabitkan jerung di perairan Australia tahun ini.

The Sydney Morning Herald melaporkan walaupun polis bersenjata dikerahkan untuk mencari jerung itu, mereka tidak dapat membunuhnya lalu meninggalkan kawasan itu setelah beberapa jam.

Polis diberi lesen untuk membunuh jerung jika ia memberi ancaman kepada manusia.

Serangan itu berlaku di Pantai Salt sekitar pukul 10 pagi waktu tempatan semalam.

Dalam insiden tersebut jerung berkenaan menggigit paha lelaki itu, lalu mengelilingi mereka yang datang menolong mangsa.

Jerung berkenaan sempat memukul salah satu papan peluncur.

Mangsa yang berasal dari Gold Coast itu meninggal sekitar jam 10.40 pagi.

“Dia diberikan pertolongan cemas kerana cedera parah di kaki kirinya tetapi meninggal di tempat kejadian,” kata satu kenyataan polis.

Susulan kejadian itu, orang ramai diminta tidak berada di kawasan tragedi.

Difahamkan sekarang ada musim jerung aktif. – MalaysiaGazette