Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan akan bermesyuarat esok untuk menetapkan tarikh sesuai bagi memulakan sesi persekolahan di negara ini semasa Printah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang mula dilaksanakan 10 Jun ini.

“PKPB (Bersyarat) akan tamat keesokan hari. PKPP akan dilaksanakan iaitu fasa pemulihan. proses itu akan menyaksikan sektor sosial, sukan, perniagaan dan pendidikan akan dibuka semula.

“Esok ada mesyuarat dengan KPM dan mungkin akan bincang tarikh sesuai pelaksanaan sesi persekolahan semula.

“Kalau ditetapkan esok (tarikh pembukaan sekolah), jangka masa adalah dua minggu dari sekarang yang mana ibu bapa membuat persiapan untuk anak kembali ke sekolah.

“Kita mungkin akan memulakan dulu tingkatan lima dan menengah atas tingkatan enam (hadapi peperiksaan umum) inilah perancangan kita,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media perkembangan semasa Covid-19 hari ini.

Menurut beliau, perbincangan secara lebih mendalam melibatkan persekolahan akan diperhalusi dalam mesyuarat tersebut untuk mencapai satu kata sepakat mengenai tarikh pembukaan semula sekolah sepertimana sektor perkhidmatan lain sudah dibenarkan mulai 10 Jun ini.-MalaysiaGazette