TERKINI : Industri ‘Gunting Rambut’ Bernyawa Kembali, Peniaga Luah Rasa “GEMBIRA” dan “SYUKUR”

Mesyuarat Menteri-Menteri membenarkan perkhidmatan gunting rambut dan pusat kecantikan beroperasi mulai Selasa, 10 Jun ini.

Bagaimanapun, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembukaan perkhidmatan itu perlu melalui prosedur standard operasi (SOP) yang ketat antara pekerja dengan pelanggan.

Menerusi SOP ditetapkan, setiap kedai gunting rambut dan pusat kecantikan hanya dibenarkan melakukan perkara asas sahaja seperti gunting rambut, cuci rambut, cukur jambang dan misai, solekan dan rawatan rambut serta cuci dan rawatan muka.

Bagi pelanggan berusia 60 tahun ke atas, proses guntingan wajib secara temu janji dan tanpa kehadiran pihak lain ketika proses itu.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast