Polis menjalankan pemeriksaan kepada pemandu-pemandu dalam Op Alkohol di sekitar Petaling Jaya dari lewat malam tadi hingga awal pagi ini.

KUALA LUMPUR – Tujuh lelaki ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol sepanjang lewat malam tadi hingga awal pagi ini di Petaling Jaya.

Mereka yang ditahan itu berusia 28 hingga 51 tahun.

Penahanan tujuh pemandu mabuk itu menunjukkan masih ada pengguna jalan raya memandu di bawah pengaruh alkohol.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya berkata, sepanjang operasi, mereka telah menahan 375 orang pengguna jalan raya dan 360 buah kenderaan.

Selain itu, sebanyak 22 saman atas pelbagai kesalahan trafik juga telah dikeluarkan.

Kesemua mereka ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 45(A)1, Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis berkata, operasi itu dilaksanakan untuk membanteras dan mencegah pengguna jalan raya yang memandu dan menunggang kenderaan di bawah pengaruh alkohol. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. DAP kena ambil tanggungjawab atas kematian orang2 awam dan polis yang MATI DILANGGAR PEMANDU MABUK kerana merekalah yang MEMPROMOSI budaya MABUK secara besar2an melalui pesta2 OKTOBERFEST disini!

    Jom TERUS boikot produk2 dan kedai2 DAP!!!

Comments are closed.