Wan Zulkiflee Wan Ariffin

KUALA LUMPUR – Selepas 37 tahun bersama Petroliam Nasional Berhad (Petronas), Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin akan melepaskan jawatannya sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif firma minyak dan gas itu pada 30 Jun ini.

Beliau akan memulakan tugasnya sebagai Pengerusi Malaysia Airlines Berhad pada 1 Julai 2020.

Wan Zulkiflee dilantik sebagai peneraju Kumpulan Petronas pada 1 April 2015, semasa kejatuhan teruk industri minyak dan gas disebabkan oleh kejatuhan harga minyak mentah.

Beliau memulakan kerjayanya di Petronas pada tahun 1983, dengan memegang pelbagai jawatan pengurusan kanan di syarikat termasuk Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Gas Berhad, Naib Presiden Perniagaan Gas, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Hilir serta Pengerusi Petronas Gas Berhad, Petronas Chemical Group dan Petronas Dagangan Berhad.

Dia juga pernah memegang jawatan Ketua Pegawai Operasi (COO), Petronas pada tahun 2012.

Di bawah kepemimpinannya, Wan Zulkiflee telah menerapkan langkah-langkah untuk mencapai kecekapan kos yang lebih baik dalam keadaan operasi yang sukar.

Usaha transformasinya dalam bidang kecekapan operasi, keunggulan komersial, pengoptimuman portfolio, usaha transformasi digital dan budaya organisasi menyebabkan prestasi syarikat kukuh dan asas yang teguh.

Beliau memberi fokus kepada strategi pertumbuhan tiga cabang mendorong kedudukan Petronas lebih berdaya tahan dalam menghadapi kitaran industri.

Wan Zulkiflee juga bertanggungjawab mengubah Petronas menjadi organisasi yang lebih lestari bagi menyesuaikan diri dengan peralihan tenaga yang lebih baik.

Pada Januari tahun ini, Wan Zulkiflee diiktiraf untuk kali kedua sebagai satu-satunya Ketua Pegawai Eksekutif ASEAN dan satu-satunya Ketua Pegawai Eksekutif Minyak dan Gas dari Asia dalam senarai 100 Penjaga Jenama global terbaik untuk tahun 2020, oleh Brand Finance.

”Petronas ingin mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Wan Zulkiflee atas sumbangan besarnya selama 37 tahun bersama syarikat itu. Kami mendoakan yang terbaik untuknya di masa hadapan,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Dalam kenyataan sama, Petronas turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz yang dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu.

Tengku Muhammad Taufik kini memegang jawatan sebagai Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Petronas.

Beliau pengalaman selama 20 tahun dalam pelaporan kewangan, tinjauan kebolehlaksanaan, analisis projek, penstrukturan projek modal dan pengurusan risiko dengan fokus utama kepada industri minyak dan gas.

Tengku Muhammad Taufik juga mempunyai pendedahan yang signifikan terhadap pelaksanaan perancangan strategik dan penilaian pelaburan dan sepanjang waktunya dalam industri ini.

Beliau berjaya mengembangkan strategi masuk untuk perniagaan dan bekerjasama rapat dengan pengurusan kanan mengenai rancangan pelaburan dan menyusun keperluan dana. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Pengomen2 di MKini tentunya tidak akan berpuas hati dan kalau berpeluang akan mengutilisasikan (i. e: utilise) pembayaran tahunan untuk mengomen dan memburukkan pencapaian cemerlang anak Melayu ini!
    Hubaya-hubaya lah anak-anak Malaysia jati agar tidak terperangkap dengan dakyah red bean DAP.

Comments are closed.