Qasem Soleimani. foto Agensi

TEHRAN – Warga negara Iran yang memberi maklumat kepada perisik Amerika Syarikat dan Israel tentang keberadaan Komander Qasem Soleimani akan dihukum bunuh tidak lama lagi.

Soleimani, yang merupakan ketua pasukan tentera elit Quds dibunuh dalam serangan dron Amerika Syarikat pada 3 Januari lalu.

Washington mendakwa Soleimani merupakan dalang serangan oleh pemberontak yang berpihak kepada Iran ke atas pasukan Amerika Syarikat di wilayah itu.

“Mahmoud Mousavi-Majd, salah seorang daripada pengintip untuk CIA dan Mossad telah dijatuhkan hukuman mati.

”Dia yang memberitahu keberadaan Soleimani kepada musuh-musuh kita, ”kata jurucakap kehakiman Gholamhossein Esmaili.

Susulan kematian Soleimani, Iran telah melancarkan serangan roket ke atas pangkalan tentera Amerika Syarikat di Ain al-Asad pada 8 Januari lalu.

Namun, Amerika Syarikat memaklumkan tiada askarnya yang terbunuh tetapi beratus-ratus didiagnos mengalami kecederaan otak. – MalaysiaGazette