Datuk Hans Isaac

KUALA LUMPUR – Status yang dimuat naik bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac di Instagram mencetuskan spekulasi.

Status yang berbunyi ‘kesilapan lama ulang lagi’ telah menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen.

Rata-rata netizen di ruang komen membuat spekulasi mengaitkan status tersebut dengan isu mengenai pelantikan semula pengarah Ahmad Idham sebagai Ketua Pegawai Eksekutif FINAS.

Pada minggu lalu, Zakaria Abdul Hamid dilantik sebagai pengerusi baharu FINAS berkuatkuasa 23 Mei lalu bagi menggantikan Hans yang berkhidmat sejak April 2019.

Sebelum ini, pelbagai spekulasi berbangkit mengenai campur tangan Hans dalam bidang tugas Ahmad Idham sebagai CEO agensi itu. – MalaysiaGazette