Presiden Kebangsaan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai .

KUALA LUMPUR – Kerajaan disaran supaya melakukan lebih banyak pemantauan di semua sektor dalam usaha memperkasakan norma baru kepada masyarakat ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, ia boleh dilakukan secara berkala dan langkah itu dilihat mampu menjayakan proses pemulihan yang sedang diusahakan kerajaan.

“Penguatkuasaan harus dipertingkatkan untuk mengelakkan industri cuai dalam norma baharu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dominic berkata, kerajaan perlu mempergiatkan lebih banyak langkah dan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) norma baru di media massa bagi memastikan matlamat PKPP berkesan kepada semua rakyat.

Malah katanya, pengumuman kerajaan untuk memberi kredit RM50 dalam e-wallet baru-baru ini dalam usaha menggalakkan rakyat untuk memuat turun MySejahtera adalah langkah yang harus dipuji.

Ianya bukan sekadar dapat mengesan kontak rapat sebaliknya dapat membantu kerajaan menerima maklum balas berhubung Covid-19 secara MyTrace, ujarnya.

“Langkah kerajaan ini harus seiring dengan langkah kawalan pihak berkuasa. Dengan adanya kawalan dari pihak berkuasa, semua rakyat akan kekal berdisplin mengamalkan norma baru,” tambah beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast