Musa Aman
Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman telah dibebaskan Mahkamah Tinggi daripada 46 tuduhan rasuah hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Muhammad Jamil Hussin membenarkan permohonan peguam bela tertuduh semasa prosiding mahkamah terbuka pagi ini.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan telah meminta supaya tetuduh dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan (DNAA).

Terdahulu, dilaporkan Musa telah memfailkan permohonan untuk membatalkan 46 pertuduhan terhadapnya.

Selain rasuah, Musa Aman juga menghadapi tuduhan penggubahan wang haram berkaitan konsesi balak di Sabah.

Pada Oktober tahun lepas, Mahkamah Tinggi KL membebaskan bekas Ketua Menteri Sabah, Musa Aman daripada lima pertuduhan rasuah berjumlah AS$12.8 juta dalam transaksi berkaitan konsesi balak di negeri itu.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membenarkan pembebasan itu walaupun Timbalan Pendakwa Raya, Umar Saifuddin Jaafar memohon tertuduh dilepas tanpa dibebaskan. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Alhamdulillah… Doa orang teraniaya dan sekelian rakyat jelata tiada hijab dengan Tuhan…

  2. Alhamdulillah…ketua menteri yg sah diguling oleh Shafie Afdal..inshaallah kerajaan Shafie Afdal pintu belakang akan runtuh! Medey dan kuncu2nya mmg jahat..

  3. Tommy Romas cuma dakwa, nak bicara tak tau bila. Case management pun tak boleh selesai Walaupun mau masuk dua tahun. Inilah keadilan kaedah PHaruupun. DAKWA… DAKWA… DAKWA… BICARA NANTILAH. TUNGGULAH. BESOKLAH. BILA-BILALAH.

Comments are closed.