KUALA LUMPUR – Susulan kebenaran perjalanan domestik di Malaysia yang bermula hari ini, AirAsia melancarkan Pas Tanpa Had baharu untuk memacu pelancongan domestik Malaysia.

Pas Tanpa Had AirAsia Cuti-Cuti Malaysia yang ditawarkan dengan harga RM399 bersih, untuk semua Ahli AirAsia BIG di Malaysia di airasia.com/deals atau aplikasi mudah alih AirAsia (di bawah pautan Deals) dari 11 Jun 2020 (1000h GMT + 8) hingga 13 Jun 2020 (2359h GMT + 8).

Pas itu boleh dibeli sekarang dan perjalanan pada bila-bila masa bermula 25 Jun 2020 hingga 31 Mac 2021.

AirAsia berkata, pas ini boleh ditebus untuk penerbangan ke 16 destinasi menarik di Malaysia iaitu Alor Setar, Langkawi, Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru, Kuala Lumpur, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuching, Miri, Bintulu, Sibu, Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Labuan.

”Kami menyambut baik pembukaan semula perjalanan domestik menerusi pengumuman Perintah Pemulihan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh kerajaan pada awal minggu ini, dengan insentif seperti pelepasan cukai pendapatan sebanyak RM1,000 untuk perbelanjaan pelancongan domestik sehingga bulan Disember 2021,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat. – MalaysiaGazette