Konsulat Amerika Syarikat di Wuhan yang terletak di Bangunan New World Trade . foto Agensi

WUHAN – Washington akan membuka semula operasi konsulatnya di bandar ini tidak lama lagi, kata Kedutaan Amerika Syarikat.

Wuhan merupakan pusat tercetusnya wabak Covid-19 pada akhir tahun lalu.

Duta Besar Amerika Syarikat ke China, Terry Branstad berkata, pembukaan akan dibuat dalam masa terdekat,” kata Frank Witaker, Penasihat Menteri Untuk Hal Ehwal Awam di kedutaan kepada Reuters.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan tarikh tertentu.

Jabatan Negara Amerika Syarikat telah menarik balik kakitangan konsulat dan keluarga mereka pada akhir Januari lalu selepas China mengenakan perintah berkurung di bandar itu bagi membendung penularan virus berkenaan.

Wuhan mempunyai 11 juta populasi dan menjadi lokasi kes jangkitan dan kematian akibat koronavirus tertinggi di China.
– MalaysiaGazette