Sebanyak 281 kes Covid-19 dibenarkan discaj hari ini menjadikan ia pertama kalinya mencatatkan kes keluar wad terbanyak setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata,
daripada jumlah itu ia menunjukkan kes sembuh dan discaj daripada wad
adalah sebanyak 6,975 atau 83.7 peratus daripada jumlah
keseluruhan kes.

Bagaimanapun, terdapat tujuh kes baharu dengan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia iaitu 8,336 jumlah kes dan kebolehjangkitan sebanyak 1,244 kes.