TERKINI : KKM Risau dan Bimbang Kes Kemalangan Jalan Raya Meningkat – Dr Noor Hisham

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan kes kemalangan jalan raya sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada statistik Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman mendapati jumlah kemalangan semasa PKPB lebih tinggi berbanding Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Jumlah kes kemalangan jalan raya ketika PKP 1 daripada 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 (iaitu untuk tempoh 14 hari) adalah 5,498 kes dengan 58 kematian. Ini bermakna, kadar kemalangan seharian adalah 392.7 kemalangan/sehari.