Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat persiapan sebelum menjalani saringan Covid-19 kepada setiap penghuni berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Besyarat (PKPB) bagi membendung wabak Covid - 19 di Flat Sri Selangor, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 21 MEI 2020

PUTRAJAYA – Terdapat pertambahan kes positif Covid-19 direkodkan hari ini dengan jumlah kes baharu sebanyak 31.

Ketua Pengarah Kesihata, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes baru itu menjadikan jumlah kumulatif Covid-19 di Malaysia iaitu 8,369 kes.

Katanya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,186 kes dan kesemua mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

“Ingin dimaklumkan daripada 31 kes baharu yang dilaporkan, 11
kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

“Daripada 20 kes penularan di dalam negara, 19 kes adalah
bukan warganegara dan hanya satu kes adalah di kalangan warganegara Malaysia iaitu merupakan kes di Selangor bagi saringan pusat tahfiz,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Menurut Noor Hisham, sebanyak 51 kes yang telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj pada hari ini menjadikan pesakit yang dibenarkan keluar wad adalah sebanyak 7,065 kes atau 84.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sehingga kini katanya, sebanyak lima kes positif Covid-19 sedang
dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

Tiada pertambahan kes kematian berkaitan wabak berkenaan dan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di negara ini kekal sebanyak 118 kes atau 1.41 peratus daripada jumlah keseluruhan
kes. – MalaysiaGazette