PORT DICKSON – Seorang lelaki warga emas didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah memandu di bawah pengaruh alkohol, 6 Jun lepas.

Majistret Siti Huzaifah Abd Talib menjatuhkan hukuman itu ke atas Syed Mahmood Syed Nazimuddin, 71, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu dan memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memandu kenderaan jenis Mercedes di bawah pengaruh alkohol iaitu 211 miligram (mg) di dalam 100 mililiter (ml) darah iaitu melebihi had ditetapkan 80 mg di dalam 100 ml darah ketika ditahan di Jalan Kampung Baru Sirusa, di sini, pada pukul 11.05 malam, 6 Jun lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM6,000 dan boleh dipenjara sehingga 12 bulan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hafizah Zainul Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh kemudiannya membayar denda berkenaan.-MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Nama punya cantik, syed..tapi perangai macam setan. Kalau kita nak jadi macam negara2 timur tengah buatlah macam orang ini, tinggal nama je nama Islam.

Comments are closed.