India diramal menyumbang kepada miskin tegar yang ramai. foto Agensi

LONDON – Kejatuhan ekonomi dunia akibat pandemik koronavirus telah menyebabkan pertambahan 395 juta penduduk tergolong dalam miskin tegar.

Jumlah penduduk yang hidup kurang daripada AS$1.90 sehari di seluruh dunia lebih daripada 1 bilion.

Laporan itu diterbitkan oleh UNU-WIDER, sebahagian daripada Universiti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu – memainkan beberapa senario, dengan mengambil kira pelbagai garis kemiskinan Bank Dunia – daripada kemiskinan yang melampau ditakrifkan dengan kehidupan dengan AS$ 1.90 sehari atau garis kemiskinan jangka hayat kurang dari AS$ 5.50 sehari.

Di bawah senario terburuk – penyusutan 20% dalam pendapatan atau penggunaan per kapita – jumlah mereka yang hidup dalam kemiskinan melampau boleh meningkat kepada 1.12 bilion.

Penguncupan yang sama terpakai kepada jurang AS$5.50 dalam kalangan negara berpendapatan menengah atas dapat menyaksikan lebih daripada 3.7 bilion orang – atau lebih dari separuh populasi dunia – hidup di bawah garis kemiskinan ini.

“Prospek golongan termiskin di dunia kelihatan suram kecuali jika kerajaan melakukan melaksanakan segera mengekang kehilangan pendapatan harian kelompok ini,” kata Andy Sumner, salah seorang penulis laporan tersebut.

Tambah beliau, progres pengurangan kemiskinan tegas akan tergendala dalam tempoh 20 hingga 30 tahun dan menjadikan matlamat PBB untuk mengakhiri kemiskinan tegas seperti mimpi sahaja.

Penyelidik-penyelidik dari King College dan Australian National University juga mendapati kemiskinan akan mengubah pengagihan geografi.

Wilayah yang menyaksikan jumlah terbesar golongan berisiko jatuh kepada kemiskinan melampau adalah Asia Selatan, terutama didorong oleh penduduk India yang ramai, diikuti Sub-Sahara Afrika.

Pada hari Isnin, Bank Dunia menjangkakan seramai 70-100 juta orang akan menjadi miskin tegar akibat pandemik koronavirus. – MalaysiaGazette