Schumacher dilaporkan bakal menjalani pembedahan sel stem pada jantung menerusi pakar kardiologi terkemuka dunia dari Perancis namun enggan diulas oleh ahli keluaarganya sebagai mengesahkan perkembangan terbaharu itu.-Daily Mail Sports

BERLIN – Legenda dunia permotoran Formula 1 pasukan Ferrari, Michael Schumacher dijangka menjalani pembedahan sel stem oleh doktor terkenal dalam pemulihan sistem saraf pada jantung.

Ikon F1 itu mengalami kemalangan ski yang ngeri ketika bercuti dengan ahli keluarganya 7 tahun lalu.

Kini keadaan fizikal legenda itu dipantau rapi oleh ahli keluarga dan pasukan perubatan.

Schumacher mengalami kecederaan otak yang agak serius dalam kejadian pada 2013 dan pembedahan terbaharu akan dijalankan dalam beberapa hari lagi, lapor media Itali semalam.

Pembedahan sel stem untuk pemulihan sistem saraf jantung dilaporkan akan dikendalikan oleh profesor dan kardiologi terkemuka dunia dari Perancis, Dr. Philippe Menasche yang kini memantau keadaan Schumacher secara rapat.

Beliau juga difahamkan pernah melakukan pembedahan kepada Schumacher sebelum ini. iaitu pada September lalu.

Beliau merupakan pakar dalam pembedahan sel stem dalam jantung yang rosak dan menggantikan dengan stem yang sihat yang diambil dari tulang atau darah.

Schumacher terlantar dalam koma untuk 6 bulan selepas kemalangan itu.

Akhbar Itali Contro Copertina melaporkan bahawa juara dunia tujuh kali itu kini menderita kerana tulang dan otot di badan semakin lemah akibat terlantar lama dalam keadaan koma tanpa pergerakan.

Jurucakap Schumacher bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai laporan itu.

Dalam insiden pada 29 Disember 2013, Schumacher terjatuh semasa berski dengan anak lelakinya dan cedera di kepala yang dipanggil sebagai ‘kecederaan pada otak’.

Laporan wartawan Perancis akhbar Le Parisien, Jean Michel Decugis pula mendakwa Schumacher dimasukkan ke hospital di ibu kota Perancis tahun lalu.

Sumber  mendakwa legenda itu sedang menerima cadangan pembedahan sel stem memperbaharui tisu dalam otak.

Eksperimen sedang dilaksanakan yang dibangunkan oleh makmal dari sel stem baharu dan disuntik ke dalam urat.

Prosedur itu pernah dicuba kepada binatang.

Bagaimanapun beberapa percubaan oleh pakar doktor Perancis bersama pasukan perubatannya pada 2018 terbukti selamat selepas menguji kaedah itu terhadap enam pesakit yang mengalami serangan jantung.

Kesemua pesakit itu ditampal dengan jutaan sel stem manusia dalam bahagian kiri jantung.

Kejayaan pembedahan itu telah di siarkan dalam Jurnal Koleh Kardiologi Amerika membuktikan ia selamat. – MalaysiaGazette