TERKINI : GEMBIRA dan SERONOK… Ketika Bilal Masjid Benarkan Masuk Solat Jumaat Berjemaah

Sebanyak 24 masjid yang dibenarkan melaksanakan solat Jumaat bermula hari ini kerana berada dalam zon hijau.

Berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, 23 masjid adalah di Kuala Lumpur, satu di Putrajaya dan tiada masjid di Labuan.

Untuk solat yang sama, sebanyak 28 surau dibenarkan membabitkan 17 di Kuala Lumpur dan 11 di Putrajaya.

Sementara itu, sebanyak 60 masjid dan 72 surau masih tidak dibenarkan mengadakan solat Jumaat di Wilayah Persekutuan kerana berada di dalam zon kuning.