Kelibat beberapa pimpinan Pakatan Harapan seperti Gobind Singh kemudian Anwar yang kelihatan tersenyum begitu ‘lebar’ dan tampak gembira di Hotel Dorsett Hartamas hari ini.

KUALA LUMPUR – Apakah sebenarnya yang berlaku dalam satu pertemuan selama beberapa jam antara beberapa pemimpin pembangkang di Hotel Grand Dorsett hari ini?

Adakah selepas ‘Langkah Sheraton’ kini ada pula ‘Langkah Dorsett’?

Ia diketahui selepas MalaysiaGazette dihubungi salah seorang pembaca yang ternampak kelibat mereka di hotel berkenaan sekitar pukul 1.30 petang.

Dakwanya, pimpinan pembangkang bertemu seolah-olah ada pertemuan selain melahirkan rasa teruja apakah yang sebenarna berlaku.

Dakwa pembaca itu, beliau ternampak kelibat Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan juga Dr. Maszlee Malik.

Bagaimanapun, tinjauan sekitar jam 2 petang tadi mendapati beberapa buah kereta termasuk milik Anwar dengan beberapa kereta lain tidak dapat dipastikan pemiliknya di perkarangan hotel juga di tempat parkir joki kereta.

Bagaimanapun, penulis tidak dibenarkan masuk ke kafe di hotel berkenaan sebaliknya hanya dibenarkan di lobi sahaja.

Selang beberapa lama kemudian, kelibat beberapa pimpinan Pakatan Harapan (PH) seperti Gobind Singh kemudian Anwar yang kelihatan tersenyum begitu ‘lebar’ dan tampak gembira.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson merangkap Presiden PKR kelihatan ditemani oleh Fahmi Fadhil, Xavier Jayakumar, Datuk Seri Shamsul Iskandar.

Turut sama kelihatan bersama-sama Anwar ialah Khalid Samad.

Masing-masing berhenti dan kelihatan berbisik antara satu sama lain sambil menunggu kereta mereka tiba di perkarangan hotel.

Selepas itu kelihatan pemimpin utama DAP seperti Lim Guan Eng, Liew Chin Tong, Tony Pua dan juga Anthony Loke keluar.

Juga turut kelihatan ialah bekas menteri seperti Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan juga Datuk Seri Salahuddin Ayub bersama-sama beberapa pengikutnya.

Namun demikian tidak nampak pula kelibat pemimpin Bersatu termasuk Mahathir, Maszlee mahupun Syed Saddiq.

Bagaimanapun, MalaysiaGazette masih lagi cuba untuk mendapatkan maklumat berhubung pertemuan ini namun sumber-sumber terus mengunci mulut ketika ini.

Jika ia bukan satu pertemuan rahsia tidak pasti pula mengapa antara pimpinan PH yang hadir ‘mengunci mulut’? mengenainya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

9 Komen

  1. Mangkok2 berayun ni jenis tak sedar diri, rakyat menderita, ekonomi meleset, negara tonggang langgang namun berok2 PH ni berlagak seolah olah negara ni kepala bapak mereka punya….ingat boleh bawa kuasa ke lubang kubor ke? Prestasi 22 bulan sbg KERAjaan standard longkang, haprak, hancing ….ada hati nak jadi kerajaan semula? Mana ada pengundi rasional melayu nak pangkah PH? selagi ada DAP selagi tu lah PN atau MN akan terus perintah malaysia sampai hari kiama!

  2. Syed Sadiq ada?
    Anwar ada?
    Bahaya Tu…

    The game is still on….????
    We are not going anywhere.
    Bring it on

  3. Mereka mungkin merancang siapa yang nak lari keluar negara dulu sebelum siasat lanjutan. Anwar gembira sebab sudah takde persaingan 🙂

  4. dah letak jawatan dah la babi,
    yg sibuk nak balik jawatan tu knp sial??
    ingat negara nie bapak ko punya ke?
    selagi si tua kutuk nie hidup,selagi tu la negara xkan aman,
    si tua kutuk cilaka nie sanggup tgk rakyat sengsara dan negara hancur demi nak balas dendam kesumatnya,
    bubar la cepat sikit,
    semoga semua haram jadah2 nie hancur di pru15

  5. Seronok tengok geng2 MEROYAN terutama yang berbaju merah tu… kedua2!

    Dulu diberi peluang selama 22 bulan jadi menteri dan timbalan TAPI TAK KOMPITAN dan tak deliver apa2!

    Yileeeekkkks!

Comments are closed.