drunk sodomised sodomy driver lorry attendant
ACP Nik Ezanee Mohd Faisal.

KUALA LUMPUR – Lima suspek lelaki warganegara tempatan yang dipercayai giat aktif dalam pengedaran dadah berjaya dicekup Pasukan Jenayah Narkotik Daerah Petaling Jaya.

Ketua Polisnya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kejayaan itu menyusul hasil maklumkan risikan yang dijalankan.

“Bertindak atas hasil maklumat risikan pada 11 Jun lepas pukul jam 9.20 malam pasukan kami telah melancarkan operasi ke atas satu sindiket pengedaran dadah di kawasan daerah ini.

“Dalam serbuan pertama, polis berjaya memberkas seorang suspek tempatan berusia 58 tahun di kawasan Bandar Sri Subang, Sungai Way, Petaling Jaya dan hasil ujian saringan awal suspek positif dadah methaphetamine.

“Suspek terlibat dengan pengedaran dadah lebih setahun lalu dan hasil soal siasat mendalam ke atas suspek berjaya mendedahkan dia mengedar dadah di kawasan ibu kota dan tempat Bandar Sri Subang berkenaan adalah tempat simpanan bekalan dadah yang diperolehi dari ibu negara,” katanya dalam sidang media semalam.

Tambah Nik Ezanee, hasil maklumat risikan dari tangkapan suspek pertama itu, polis telah menyerbu di lokasi kedua pada 12 Jun jam sekitar 12.45 tengah malam.

Dalam serbuan kedua itu, katanya, polis berjaya memberkas empat suspek lelaki warganegara tempatan berumur lingkungan 26 hingga 44 tahun di kawasan Jalan Kia Peng berhampiran KLCC.

“Hasil ujian saringan awal kesemua suspek positif dadah methaphetamine dan serbuan di kedua dua lokasi berlainan polis berjaya merampas sejumlah dadah disyaki syabu,” katanya.

Kesemua suspek direman tujuh hari dan disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi tangkapan pertama dan empat suspek yang ditahan di lokasi kedua direman 4 hari dan disiasat dibawah Seksyen 39A(1) ADB 1952.

“Daripada empat suspek di serbuan kedua, suspek berusia 41 tahun mempunyai lapan rekod lampau jenayah dadah dan satu kes jenayah dan suspek ketiga pula berusia 38 tahun dan dan mempuyai satu rekod jenayah lampau.

“Bersama mereka polis berampas dari premis itu syabu seberat anggaran 120 gram bernilai RM14,400 dan sebuah motosikal Honda Stream RSZ dipercayai digunakan salah seorang suspek untuk kegiatan pengedaran dadah,” tegasnya.- MalaysiaGazette