SANDAKAN – Polis berjaya menahan seorang lelaki warga Filipina yang melarikan diri dari Pusat Tahanan Sementara (PTS) Sibuga di sini pada awal pagi Rabu lepas, semalam.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan dalam satu kenyataan di sini hari ini memberitahu lelaki berumur 40 tahun itu ditahan di sebuah pondok tepi jalan di Km 27 Jalan Sandakan-Kota Kinabalu dekat sini kira-kira pukul 2.00 petang.

“Berlaku sedikit pergelutan sewaktu melaksanakan tangkapan itu, sehingga pihak polis terpaksa menggunakan kekerasan minimum untuk menangkapnya,” menurut kenyataan itu.

Polis sedang memburu lapan lagi tahanan yang masih bebas selepas melarikan diri dari PTS itu, dipercayai selepas merosakkan jeriji sebuah tingkap pada pukul 2.20 pagi ketika hujan lebat, dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi bilik gerakan IPD Sandakan dengan menelefon 089-212222.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast