TERKINI : Pusat Kecergasan Gimnasium, “Bukan Sarang Covid19”

Selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula, kebanyakan sektor-sektor perniagaan sudah mula dibuka.

Ia tidak terkecuali pusat-pusat kesihatan seperti gim yang sudah bersedia untuk beroperasi sepenuhnya.

Tinjauan MalaysiaGazette di salah sebuah pusat gim di Ampang hari ini, Enrich Fitness mendapati kakitangan gim sibuk melakukan proses sanitasi terhadap setiap peralatan yang ada hari ini.