Muhammad Nizam Alias.

KUALA LUMPUR – Hampir seminggu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) menyaksikan jumlah penggunaan pengangkutan awam kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mencecah 33 peratus.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Prasarana (Operasi) Muhammad Nizam Alias berkata, pertambahan itu berlaku selepas orang ramai mula bekerja selepas cuti Hari Raya Aidilftiri.

Beliau optimis jumlah pengguna pengangkutan awam akan terus meningkat dengan pengenalan pas perjalanan tanpa had My30 mulai hari ini.

“Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kita hanta membawa lebih kurang 10 peratus penumpang daripada biasa, maknanya dalam lingkungan 75 orang dalam LRT.

Orang ramai melintasi mesin pengimbas kad perjalanan di LRT KL Sentral, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 15 JUN 2020

“PKPB meningkat kepada 20 peratus dan beberapa hari ini sejak PKPP dilancarkan peningkatan kepada 33 peratus iaitu satu pertiga daripada kebiasaan.

“Bermula hari ini kita jangka lebih ramai lagi menggunakan pengangkutan awam disebabkan ramai yang mula bekerja semula,” katanya yang mengiringi Pengerusi Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang membuat tinjauan hari pertama penjualan pas perjalanan tanpa had My30 di KL Sentral.

Muhammad Nizam akui peningkatan pengguna pengangkutan awam mengambil sedikit masa memandangkan terdapat sektor perniagaan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast