TERKINI : ‘NORMA BAHARU’ Semakin Sebati Dengan Rakyat Malaysia

Wabak covid-19 telah memberikan satu perubahan kehidupan dalam norma baharu manusia bukan hanya di Malaysia bahkan telah mengubah senario dunia.

Tinjauan MalaysiaGazette di sekitar ibu kota khususnya Jalan Bukit Bintang mendapati bilangan pengunjung mula meningkat selepas lima hari Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dikuatkuasakan.