TERKINI : Pertubuhan Kelab Sahabat N87 Desak RCI Ditubuhkan

Pertubuhan Kelab Sahabat Najib Razak 87 (N87) menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasat DiRaja (RCI) bagi menyiasat Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Guan Eng berhubung simpanan kewangan negara ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Kerjanya, Mohd Fathir Mohd Amin menegaskan, hutang negara yang didakwa mencecah RM1 trilion yang disebut-sebut oleh Dr Mahathir dan Guan Eng sebelum ini jelas bertentangan dengan keadaan semasa kewangan negara hari ini.