TERKINI : TGC Langkawi Edar MAKANAN… Bantu Golongan Hilang Kerja dan Pelancong Terkandas

Badan sukarelawan, TGC Langkawi dengan kerjasama sebuah restoran di Jalan Pantai Cenang di sini giat mengedarkan pek makanan percuma kepada golongan yang terjejas akibat penularan Covid-19.

Kira-kira 200 bungkusan makanan diagihkan setiap hari kepada pekerja sektor pelancongan yang terjejas pendapatan, penduduk sekitar termasuk pelancong asing yang terkandas.

Penyelaras TGC Langkawi, Muhammad Alif Aiman Azman berkata, projek ‘Beli Makan Bagi Makan Langkawi’ mula digerakkan pada 1 Mei lalu dan sejak itu orang ramai tidak henti-henti datang untuk mengambil pek makanan percuma.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast