Pasukan JSJN Kajang dan IPK Selangor menumpaskan sindiket edar dadah di Klang dan syabu 2.3 kg dan senjata api dirampas.

KUALA LUMPUR – Satu sindiket pengedaran dadah yang bergiat aktif di sekitar Lembah Klang berjaya dilumpuhkan polis setelah tertangkapnya dua suspek lelaki yang disyaki ahli sindiket tersebut.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komiosioner, Mohd Zaid  Hassan berkata, bertindak atas maklumat awam, kedua-dua suspek itu ditangkap hasil serbuan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kajang pada 14 Jun lalu.

“Dalam serbuan pada jam lebih kurang 7.30 malam, dua suspek lelaki berumur 42 hingga 43 tahun ditangkap di serbuan dalam sebuah rumah di kawasan Sungai Chua, Kajang.

“Polis hasil serbuan telah berjaya membuat rampasan dadah jenis methamphetamine atau syabu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Zaid, bertindak daripada siasatan yang dijalankan polis juga berjaya merampas dadah jenismMethamphetamine dan senjata api dalam serbuan kedua di sebuah aparment di Subang Jaya.

Tambah beliau, kedua-dua suspek tersebut ditahan reman selama empat hari bermula semalam.

Kes juga disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960.

“Hasil siasatan juga mendapati bekalan dadah tersebut untuk pasaran di kawasan Lembah Klang dan Selangor. Kesemua senjata api diperoleh oleh ahli sindiket berkenaan melalui pembelian secara online.

“Rampasan dadah disyaki jenis methamphetamine sebanyak anggaran berat 2,313.90 gram atau 2.3 kilogram, empat laras senapang dan dua pucuk pistol juga telah berjaya dirampas dalam serbuan ini.

“Nilai rampasan dadah dianggarkan RM350,085 selain buah kenderaan yang dipercayai digunakan oleh suspek dalam kes ini untuk tujuan pengedaran dadah turut dirampas dan disita sepenuhnya,” tegasnya.