Anugerah yang mengiktiraf pengkarya seni filem, Anugerah Oscars yang ke-93 telah ditunda tarikhnya pada 25 April 2021.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Disebabkan Covid-19, anugerah yang mengiktiraf pengkarya seni filem, Anugerah Oscars yang ke-93 telah ditunda tarikhnya pada 25 April 2021.

Sebelum itu dijadualkan berlangsung pada 28 Februari 2021.

Susulan penangguhan itu, pihak akademi juga telah melanjutkan penghantaran pencalonan filem-filem yang ingin bertanding sehingga 28 Februari 2021.

Kebiasaannya, tarikh tutup untuk mencalonkan sesebuah filem adalah pada 31 Disember setiap tahun.

Pada Februari lalu, filem Korea Selatan, Parasite berjaya menggondol anugerah Filem Terbaik sekali gus mencatat sejarah filem asing pertama dinobatkan menerusi kategori terbesar itu. –MalaysiaGazette