KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mahdzir Khalid menafikan pernah mengeluarkan kenyataan provokasi yang ditularkan di media sosial.
Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu berkata, pihaknya sedang berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan kegelisahan rakyat berhubung isu bil elektrik.
Semalam, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Mahadzir berkata, beliau ambil maklum akan keluh kesah dan rungutan rakyat yang menerima bil TNB.
”Oleh itu, selaku Pengerusi TNB, saya dan seluruh pengurusan TNB serta Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bersama-sama Suruhanjaya Tenaga sedang meneliti beberapa mekanisma untuk menangani rungutan yang disuarakan. InsyaAllah, doakan kami menemui jalan penyelesaiannya.
”Adalah menjadi misi saya untuk merakyatkan TNB apabila ditawarkan jawatan sebagai Pengerusi TNB oleh YAB Perdana Menteri. Misi ini akan kekal selagi saya menyandang jawatan tersebut,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Bil TNB menjadi isu dalam kalangan rakyat Malaysia memaklumkan apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu, operasi bacaan meter TNB terpaksa dihentikan buat sementara waktu.
Oleh yang demikian, bacaan meter secara anggaran terpaksa dilakukan dan dihantar kepada para pelanggan TNB untuk tempoh dua bulan (Mac dan April) melalui aplikasi myTNB.
Tetapi dengan perkembangan semasa, operasi bacaan sebenar meter TNB telah dimulakan kembali sejak 15 Mei yang lalu dan bil terkini yang diterima oleh para pelanggan adalah penggunaan sebenar sejak PKP bermula. – MalaysiaGazette
Biasalah..puak2 rejim pembangang ni mmg suka menangguk di air keroh..diorg tggu peluang jer, yg herannya ada yg percaya fitnah rejim jahanam ni.