Tenaga Nasiona Berhad

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Bhd (TNB) merancang untuk memperluaskan memperluaskan pemasangan meter pintar di seluruh negara dengan sasaran 1.2 juta unit di Lembah Klang selepas kejayaannya memasang 340,000 unit di Melaka.

Ketua Pegawai Runcit TNB, Megat Jalaluddin Megat Hassan berkata, syarikat utiliti tersebut dijangka membekalkan hampir sembilan juta unit di seluruh negara menjelang 2021 agar lebih ramai pengguna mendapat manfaat daripada meter berkenaan.

Beliau berkata meter pintar mempunyai banyak kelebihan dan teknologi yang digunakan adalah berkesan untuk mengawal penggunaan elektrik.

“Antara kelebihan meter pintar ialah pelanggan boleh mengetahui trend penggunaan dan apabila kita mendapat maklumat tentang trend penggunaan, pelanggan boleh mengawal trend itu,” katanya dalam temubual baru-baru ini.

Megat Jalaluddin berkata, setakat ini, antara maklum balas positif yang diterima mengenai meter tersebut ialah pengguna terus menerima bil elektrik mereka seperti biasa (bukannya bil anggaran) meskipun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sepanjang tempoh PKP ini, pengguna yang telah dipasang meter pintar tidak terkesan dengan bil anggaran, malah mereka menerima bil sebenar penggunaan semasa tempoh PKP,” katanya.

Beliau menambah bil sebenar pengguna boleh diakses terus menerusi e-mel, paparan di aplikasi MyTNB dan laman web TNB.

Katanya, menerusi penggunaan aplikasi itu, pembayaran bil juga lebih mudah, tepat dan telus di samping dapat mengawal dan memantau penggunaan untuk mendidik mereka mengenai penjimatan tenaga.

Setakat ini, lebih 700 juta meter pintar telah dipasang di seluruh dunia termasuk di Eropah and Amerika Syarikat.

TNB memulakan pemasangan meter pintar di bawah projek perintis di Melaka dan Putrajaya sejak 2014 hingga 2016. – MalaysiaGazette

 

1 Komen

  1. TNB da kaya semakin kaya..rakyat terus kena tekan..rumah aku takdw org kt rumah pun kena bil rm6..gila la smart meter..awal bulan rendah..akhir bulan tiba2 naik..pakai sama je..nmpak sgt tnb boleh kawal meter pengguna dr jauh dgn smart meter..nk ajar tnb senang je..kalau ade saingan sykt elektrik lain lebih murah..GLC patut bantu rakyat bukan bantu kroni depa..cett puitt

Comments are closed.