Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bercakap kepada media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 16 JUN 2020.

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO melihat kerajaan Perikatan Nasional (PN) boleh diganggu oleh Pakatan Harapan (PH) yang secara berterusan memainkan sentimen keyakinan terhadap kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi menegaskan, susulan itu, sayap UMNO itu merasakan PRU-15 mungkin tidak dapat dielak walaupun belum cukup sepenggal Parlimen kali ini.

“Kita tak boleh elak berhadapan dengan PRU-15 dan Pemuda perlu bersiap sedia, bukan kerana kita nak. Kalau boleh isu Covid-19 dapat diselesaikan, kalau habis penggal lebih baik.

“Tapi lantaran berterusan gangguan dan desakan daripada pembangkang terutama PH yang tidak putus-putus dan tidak berhenti ganggu kestabilan kerajaan hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Menara Dato’ Onn, hari ini.

Terdahulu, Asyraf menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO kira-kira jam 8 malam tadi.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi berkata, pihaknya bersedia menggerakkan jentera ke seluruh negara sekiranya Perdana Menteri tiada pilihan lain untuk menangani kestabilan kerajaan termasuk membubarkan Parlimen.

“Kalau ditakdirkan Perdana Menteri bubarkan kerana tiada pilihan lain atau terbubar kerana undi tak percaya sebagainya Pemuda UMNO akan mula untuk menggerakkan jentera kita di seluruh Malaysia,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Kamu semua puak2 awal yg terus menerus mengganggu kestabilan kerajaan PH dgn ditambahkan lgi sabotage dari dlm kerajaan sehingga PENGKHIANATan berlaku.. Tak boleh terima kenyataan & redha dgn ketentuan Allah swt.. klo Iya pun dh nampk kelemahan PH memerintah maka tegur & jadikan ia sbgai kempen kesedaran rakyat bila tiba PRU15 akan dtg tetapi mungkin panas punggung..

  2. PM – Dato Sri Anwar Ibrahim
    TPM – Dato Sri shafie afdal
    Menteri Kanan kerajaan – Tun Dr. mahatdir
    MENTERI KEWANGAN – T.S Mohd Hassan Marican
    MENTERI EKONOMI – rafizi
    MENTERI KDN – Dato Sri saipudin nasution
    MENTERI PERTAHANAN – bekas Panglima / bekas perisikan ATM
    MENTERI PENDIDIKAN – Dato mukriz mahatdir
    MENTERI perdagangan antara bangsa – Dap
    MENTERI ugama Islam – Ahmad awang
    MENTERI pengajian tinggi – Dato mazlee malik
    MENTERI KPDNK – Mohammad Sabu
    MENTERI luar negara – Lim guan eng
    MENTERI pengangkutan – Anthony
    MENTERI perumahan & kerj tempatan – DAP
    MENTERI penerangan – Amanah
    MENTERI KESIHATAN – dr. Zulkifle
    MENTERI pertanian – Amanah
    MENTERI tenaga sumber asli – PKR
    MENTERI perpaduan – amanah
    MENTERI perlancongan – warisan
    MENTERI belia & sukan – PKR
    MENTERI wilayah – PKR
    MENTERI perusahaan – warisan
    MENTERI kerjaraya – IR
    MENTERI Alam sekitar – amanah
    MENTERI sumber manusia – PKR
    MENTERI wanita & keluarga – wan azizah
    MENTERI komunikasi – amanah
    MENTERI pembangunan luar bandar – warisan
    MENTERI pembangunan usahawan – pkr

    Gabenor Bank Negara – zeti aktar Aziz
    Peguam negara – tun salleh abas

    6 lantikan majlis penasihat EKONOMI negara
    1- tun mahatdir
    2- zeti aktar Aziz
    3- Hassan merican
    4- Prof Dr Jomo Kwame Sundaram
    5- Tun Daim Zainuddin
    6- Tan Sri Robert Kuok 

    5 lantikan majlis penasihat undang2 negara
    1- tun salleh abas
    2- tan Sri abu kasim Mohammad
    3- Tan Sri Zaharah Ibrahim
    4- Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman
    5- Tan Sri Richard Malanjum

Comments are closed.