Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Pemilihan Mohd Sharim Md Zain sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri China merupakan kepercayaan kepada anak muda.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki berkata, pemilihan Mohd Sharim tepat pada masanya selepas BN merekodkan kemenangan di lima yang menyaksikan saluran-saluran mengundi anak muda.

Menurutnya, anak-anak muda telah kembali memberikan sokongan kepada BN, Pemuda BN dan Pemuda UMNO.

”Terima kasih kepada YB Datuk Seri Najib Razak Ahli Parlimen Pekan dan YAB Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail MB Pahang yang memberikan kepercayaan kepada calon anak muda Saudara Mohd Sharim Md Zain, Ketua Pemuda UMNO Cawangan Chini merangkap Pengerusi Majlis Belia Felda Wilayah Kuantan untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil N023 Chini di bawah Parlimen Pekan,” katanya di sini.

Tambahnya, Pekan akan menyaksikan BN sebagai sebuah parti yang makin progresif menyantuni realiti dinamika lanskap politik yang semakin berubah dengan kebanjiran pengundi muda.

“Moga gelombang perubahan ini dapat terus disemarakkan di dalam Pilihan Raya Umum akan datang,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast