Muhammad Nizam Alias.

BALAKONG – Prasarana mahu memastikan lebih 200,000 pas perjalanan MY30 yang diperkenalkan kerajaan sejak 15 Jun lalu dimiliki hampir majoriti pengguna perkhidmatan Prasarana di Lembah Klang dan Selangor.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Prasarana, Muhammad Nizam Alias berkata, sasaran utama pihaknya selaku peneraju pengangkutan awam negara demi memastikan pelanggannya menerima manfaat.

Pihaknya melihat pemilikan pas MY30 oleh setiap pengguna termasuk golongan B40 mampu membantu menjimatkan wang mereka.

“Memasuki hari ketiga MY30 diperkenalkan sehingga semalam, 35,000 pas perjalanan MY30 berjaya dijual iaitu hampr 50 peratus walaupun ramai yang tidak keluar bekerja pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya ketika ditemui selepas pelancaran Data Google Maps Rapis Bus di Kompleks Rapid Bus Cheras Selatan hari ini.

Tambah Muhammad Nizam, angka jualan 35,000 pas perjalanan MY30 adalah tinggi hanya melibatkan 50 peratus daripada kadar penumpang yang dibawa pada hari biasa.

Katanya, inisiatif kerajaan adalah untuk mengurangkan beban rakyat di Lembah Klang khsusnya dan

“Bayangkanlah, sebelum ini MY100, now MY30 dan di situ sudah boleh jimatkan RM70 lebih dalam poket dia dan untuk enam bulan lagi banyak boleh dijimatkan untuk membeli keperluan lain seperti susu untuk anak dan sebagainya.

“Jika kita jual kurang daripada sasaran 200,000 pas MY30 bimbang tak ramai yang berfaedah, kalau boleh kami mahu pastikan semua habis dijual kepada golongan sasaran.

“Lagipun, kita buka kaunter jualan di 115 stesen tren Rapid dan lima hub bas itu lebih daripada memadai kebolehakses pembelian pas, kalau ada peluang merancang buka kaunter jualan MY30 sementara di pusat membeli belah,” ujarnya.

Beliau juga mengalu-alukan pemandu kenderaan persendirian yang selesa di atas jalan supaya membeli dan mencuba MY30.-MalaysiaGazette