KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak perlu mencampuri urusan dalaman Pakatan Harapan (PH).
Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Syed Badli Shah Syed Osman berkata, Mohamed Azmin sepatutnya memikirkan berapa hari lagi beliau akan bertahan sebagai wakil rakyat sementara rakyat sedang menunggu untuk menolak beliau kerana mengkhianati mandat di kawasannya.
“Azmin seharusnya mengosongkan kerusi Parlimen Gombak dan Dun Bukit Antarabangsa seterusnya memulangkan kerusi ini kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Syed Badli Shah mendakwa parti-parti politik termasuk UMNO menyedari Mohamed Azmin telah mengkhianati mandat rakyat.
“Justeru itu saya yakin semua parti politik tidak akan membuka pintu sewenang-wenangnya buat Mohamed Azmin dan kumpulannya kerana mereka juga berisiko untuk dikhianati oleh Azmin dan sekutunya,” ujarnya.
Sementara itu, katanya, PH kini sedang memuktamadkan calon Perdana Menteri dengan cara musyawarah dan konsensus.
“Tentunya keputusan kali ini lebih mudah untuk dicapai kerana kumpulan yang tamak dan berkhianat telah pun keluar dari PH,” katanya.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Dari 1998 rakyat diheret ke jalan raya, kancah politik oleh dua individu ini – Azmin
Haaa si gemok ni meroyan…korang sibuk kritik PM dan PN boleh plak? dah lah bang non pojaan hati ko kena kencing dgn Medey 2 kali…laa ni kena kencing dgn DAP lagi…kesiaaaaannnnn kah kah kah
Kalau amalkan minum ikan linang boleh tahan48 jam. Ci
Yba sdr bongkok.azmin tibai.
Tengok bontot sendiripun tak nampak camne nak tengok bontot orang. Jangan cakap untuk dapat milestones saja… Bontot kasi cuci bersih dulu.. Najis
Buat2 xdengar sudahlah YB Azmin, komen siTembam ni,habiskan boreh aje
Boleh mimpilah PH nak ambik balik Puterajaya…belum apa2 dah sibuk bertelagah siapa nak jadi PM 9..menang dulu,baru cerita sedara oii…