Mohamed Azmin Ali

KUALA LUMPUR – Lebih 1,000 syarikat dalam Perindustrian Kecil dan Sederhana (PKS) dijangka menyertai Program Pembangunan Technopreneur (TDP Xpress) anjuran Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii).

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, program tersebut bakal menjadi batu loncatan bagi PKS untuk memulakan perniagaan dalam normal baharu ke arah digitalisasi.

“Kita perlu melangkah ke depan bagi menyambut era digitalisasi yang lebih hebat untuk menyahut cabaran yang mendatang.

“Ianya adalah satu kemestian, kita mesti menjangkau lebih daripada itu,” katanya menerusi akaun Twitter di sini hari ini.

Sementara itu, Mohamed Azmin turut menzahirkan ucapan tahniah kepada MARii dan Fintech Lab Sdn. Bhd. atas inisiatif membuka peluang untuk PKS dalam menambahbaik operasi perniagaan selain memanfaatkan penggunaan teknologi digital.

“MARii telah membangunkan infrastruktur yang diperlukan dan merancang pelbagai program seperti TDP Xpress yang bukan sahaja membolehkan PKS untuk maju, malah ia juga membantu mereka untuk berdepan dengan cabaran masa hadapan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast