PRK CHINI : SPR Sasar 70% Keluar Mengundi – Pengerusi SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratus keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini pada 4 Julai depan adalah pada 70 peratus.

Pengerusinya, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, pihaknya berharap pengundi dapat menunaikan hak dan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil itu nanti.