Mahkamah Tinggi di sini hari ini sekali lagi menolak permohonan pendakwaan bagi cubaan menangguhkan keputusan yang sebelum ini menolak saman melucut hak wang RM194 juta terhadap UMNO dan Wanita MCA.
Wang itu disita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun lalu kerana didakwa diterima daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan ada terkait dengan skandal 1MDB.