Fazura kini hamil lima bulan.

LONDON – Tidak dinafikan ramai peminat sudah mula tertanya-tanya sama ada pasangan selebriti popular Nur Fazura dan Fattah Amin akan menimang cahaya mata lelaki ataupun perempuan.

Bagaimanapun menerusi perkongsian di Insta Story, Fazura yang kandungannya kini mencecah enam bulan berkata mereka mengambil keputusan untuk tidak mengumumkan jantina cahaya mata sulung mereka kepada umum sehinggalah itu dilahirkan.

“Tidak perlu berteka-teki mengenai jantina bayi mereka sebaliknya mohon supaya mendoakan agar dia dan anaknya berada dalam keadaan selamat kerana itu lebih penting,” tulisnya ringkas.

April lalu, Fazura mengesahkan dirinya hamil selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Fattah dan Fazura yang bernikah hampir tiga tahun lalu dijangka menyambut kelahiran anak sulung mereka akhir tahun ini. – MalaysiaGazette