Jurgen Klopp

LONDON – Jurgen Klopp yakin pasukan Liverpool mampu bangkit dan kembali kepada keadaan asal sebelum perintah larangan pergerakan Covid-19 dan penggantungan Liga Perdana Inggeris dikuatkuasakan.

Bagaimanapun Pengurus the Kops menegaskan bola sepak bukannya mudah seperti menunggang motosikal.

Awal pagi Ahad, Liverpool akan menentang Everton di Goodison Park bagi menentukan kejuaraan EPL.

“Saya menjangkakan pasukan kami berada dalam keadaan terbaik untuk beraksi semula selepas berehat tiga bulan.

“Saya tak pasti kami cergas atau bersedia 100 peratus. tetapi Everton juga menjalani situasi sama,” katanya.

Bagaimanapun Klopp menambah, semuanya tentang kesiapsiagaan berdepan masalah dalam perlawanan dan mencari penyelesaian.

“Dalam sembilan minggu ini kita tidak dapat berbuat apa-apa akibat ancaman Covid-19 dan pemain berlatih setiap hari dengan norma baharu dan berbeza.

“Ia bukan seperti menunggang motosikal seperti yang anda semua sangkakan. kita perlu mengembalikan 11 pemain di dalam satu gelanggang dan mempunyai idea yang sama ketika beraksi, ia bukan semudah yang disangka,”ujarnya.

Liverpool hanya memerlukan dua kemenangan dengan syarat Manchester City perlu tewas dalam aksi Isnin ini untuk mengesahkan gelaran EPL yang dinantikan sejak 1990.

Liverpool gagal menewaskan Everton dalam 21 pertemuan sebelum ini dan nasib sama dijangka berlaku untuk the Kops malam ini.

“Everton akan beraksi dengan semnagat juang tinggi malam nanti dan untuk kami ia adalah aksi istimewa untuk sebab lain,” tegasnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast