Bekas pelakon dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dira Abu Zahar kini selamat menjadi isteri kepada ahli perniagaan, Syfik Izdzywan Sidek pada pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Bekas pelakon dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dira Abu Zahar kini selamat menjadi isteri kepada ahli perniagaan, Syfik Izdzywan Sidek pada pagi tadi.

Dira atau nama nama sebenar Khaidhirah Abu Zahar, 36, melangsungkan pernikahan di Masjid Al Azim, Melaka kira-kira pukul 10.30 pagi.

Dalam majlis tersebut, Syfik, 46, menyerahkan tiga dulang hantaran berbalas lima dari pengantin perempuan seperti laporan portal KL Menjerit.

Bagaimanapun, mas kahwin dan wang hantaran tidak dinyatakan.

Pasangan itu berkenalan kira-kira setahun lalu sebelum mengambil keputusan mengakhiri hubungan mereka sebagai suami isteri.

Pada tahun 2011, Dira pernah berkahwin dengan pengarah Helmi Yusof dan berpisah pada tahun 2016 dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Sebelum itu, Dira berkahwin dengan vokalis kumpulan Bau, Ash atau Tengku Shafriz- Rullah pada tahun 2007 dan bercerai pada tahun 2011.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Tengku Anggun Deandra yang kini berusia 12 tahun.

Dira juga mempunyai seorang anak angkat bernama Waris Iskandar Andiqa.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast