KUALA LUMPUR – Kerajaan yang tidak mempunyai sokongan majoriti dua per tiga dalam Dewan Rakyat boleh tergugat bila-bila masa, kerana tidak mampu untuk menangani sekiranya berlaku pergolakan besar.
Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali menegaskan, akibat kerapuhan itu, kerajaan sekarang iaitu Perikatan Nasional (PN) tidak boleh mengubah sesuatu undang-undang yang memerlukan sokongan dua per tiga Ahli Parlimen.
Tambahan pula, katanya, peralihan kuasa yang berlaku dari Pakatan Harapan (PH) kepada PN pada akhir Februari lalu, belum lagi dimuktamadkan dalam Dewan Rakyat, sedangkan kerajaan yang kuat ialah yang mendapat sokongan majoriti dua per tiga.
“Justeru, Biro Politik Putra dengan Ketua-Ketua Penyelaras negeri mengambil maklum mengenai politik semasa dan kita berpendapat sebulat suara bahawa kedudukan politik negara sekarang ini tidak stabil.
“Kita dapati, kerajaan yang tidak ada dua per tiga sokongan majoriti Ahli Parlimen bukanlah kerajaan yang kuat dan boleh tergugat bila-bila masa, selain tidak mampu untuk menangani perkara besar.
“Hendak ubah sesuatu undang-undang pun, ada yang memerlukan sokongan dua per tiga. Sekarang ini, PN yang tidak berdaftar ini tidak tahu berapa jumlah Ahli Parlimen. Maknanya ia dalam keadaan tidak menentu,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Biro Politik dengan Ketua Penyelaras Putra negeri di sini, semalam.
Biro Politik itu turut membincangkan secara teliti yang mengambil kira jika berlaku usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
Kata beliau, Putra tidak tahu apa akan berlaku kepada politik negara sekarang ini dan tidak menolak kemungkinan Muhyiddin akan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong agar mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) selepas gagal mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen.
“Atau Yang di-Pertuan Agong akan menggunakan kuasanya melantik Perdana Menteri yang baharu kalau mendapat sokongan cukup, atau boleh berlaku sebaliknya, seperti Parlimen digantung. Jadi, keadaan sekarang memang tidak menentu.
“Dalam PN pun kita dengar ada juga masalah, kerana asalnya dua pari politik iaitu UMNO dan Pas yang membentuk Muafakat Nasional (MN), sebelum disertai dua kumpulan lagi iaitu Bersatu pimpinan Muhyiddin dan kumpulan PKR yang diketuai Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
“Kita tidak tahu apa berlaku kepada empat gabungan parti ini kalau ada PRU. Bagaimana pembahagian kerusi, adakah mereka ada persefahaman atau banyak ketidaksefahaman di peringkat akar umbi,” katanya.
Kata Dr. Ibrahim, senario itulah yang diintai oleh parti Putra untuk turut bertanding dalam PRU akan dating, kerana selain PN, PH juga berdepan dengan masalah kemelut politik antara PKR, Parti Amanah Negara (Amanah), DAP dan Tun Dr. Mahathir bersama lima pengikutnya.
“Begitu juga PH, ada masalah antara sekarang ini Pengerusi PH ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama PKR, DAP dan Amanah dan Tun Mahathir dari serpihan parti Bersatu serpihan.
“Kedudukan mereka juga tidak menentu. Kalau PH tidak menentu, PN pun tidak menentu, Putra bimbang dengan masa depan negara ini.
“Jadi, kita berharap sangat fungsi dan peranan Yang di-Pertuan Agong selaku ketua negara dan Majlis Raja-Raja Melayu sentiasa mengambil berat dan perhatian serius. Kita percaya Duli Yang Maha Mulia sudah pasti ikut perkembangan ini dan harapkan baginda dan Majlis Raja-Raja Melayu selamatkan keadaan ini,” katanya. – MalaysiaGazette
Weiii org tua..kamu ni dok diam2 blh tak?
Parti kamu tu xkan kemana..
Buat2 la pencen n bertaubat
Ibrahim ali ni pencacai madey. Madey sanggup menghancurkan segala gala kalau dia hancur. Macam hitler.