Klopp mempertimbangkan opsyen menawarkan Mane kepada PSG untuk mendapatkan Mbappe

LONDON – Liverpool sedang mempertimbangkan pilihan untuk menawarkan Sadio Mane kepada Paris Saint Germain untuk mendapatkan penyerang sensasi Perancis, Kylian Mbappe musim ini.

Laporan di Britain mendakwa Mane merupakan pemain utama Jurgen Klopp sejak dibeli oleh Anfield dengan nilai 34 juta pound pada tahun 2016 dari Southampton.

Sejak kehadiran ke Anfieldm Mane berjaya menjaringkan 77 gol dalam 161 penampilan bersama kelab itu dan membantu menjulang Liga Juara-Jura Eropah musim lalu.

Mbappe antara pemain yang dipercayai layak menggantikan Mane di Anfield sekiranya pemain itu dilepaskan kepada PSG musim ini.

Namun laporan di Perancis pula mendakwa Liverpool mula bimbang bintang sayap berusia 28 tahun itu sudah membuat ketetapan meninggalkan kelab itu musim ini.

Mane belum memperbaharui kontrak bersama the Kops yang ditawarkan sembilan bulan lalu.

Laporan turut mendakwa Klopp semakin khuatir dengan perkembangan Mane dna bersedia mempertimbangkan menjual pemain itu dengan nilai 220 juta pound bagi mendapatkan Mbappe sebagai pengganti.

Klopp turut meminta hirarki Liverpool mendapatkan pendirian Mane sama ada bersedia untuk menandatangani kontrak baharu dan kekal di Anfield atau mahu meninggalkannya.

Kontrak semasa Mane akan tamat pada tahun 2023 tetapi ditawarkan kontrak disemak semula dengan gaji mingguan dinaikkan kepada 220,000 seminggu.-MalaysiaGazette