Peter Anthony

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Peter Anthony dari Sabah akan dihadapkan ke Mahkamah di Jalan Duta pada Isnin esok.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam kenyataan hari ini memberitahu Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah itu akan dituduh di Mahkamah Sesyen di ibu negara pada 22 Jun ini.

“Dengan ini adalah dimaklumkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendapat izin mendakwa terhadap Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony.

“Dia akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada jam 9 pagi 22 Jun (Isnin) esok,” kata Bahagian Komunikasi Strategik SPRM beribu pejabat di Putrajaya hari ini.

Bagaimanapun butiran lanjut mengenai jenis pertuduhan tidak dimaklumkan dalam notis pemberitahuan dan jemputan media tersebut.-MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Tahniah kerana berjaya mengesan kesalahan bagini. Harap #SPRM membuka balik kes kes yg ditutup semasa era pemerintahan PH yang dilihat banyak merusakan instutusi kehakiman dan mencalar reputasi SPRM. Syabas SPRM.

  2. Ini lah penyamun rakyat yg mengkaya kan diri dan kroni2… Rampas segala harta mereka2 yg didapati terlibat rasuah.. Jangan bagi muka lagi…

Comments are closed.