banyak pihak mencadangkan supaya diadakan pilihan raya tergempar bagi menamatkan pergolakan politik tanah air.

KUALA NERANG – Pilihan Raya Umum (PRU) tergempar adalah langkah penyelesaian terbaik terutama dalam meredakan isu-isu politik ketika ini terutamanya berhubung perbezaan jumlah Ahli Parlimen antara kerajaan dan pembangkang, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mahdzir Khalid.

“Sekarang ini banyak timbul persoalan, ahli Parlimen kerajaan berapa, ahli Parlimen pembangkang berapa, jadi pilihan raya ini perlu diadakan agar kita dapat satu kerajaan yang solid dari segi sokongan ahli Parlimen.

“Saya sebagai Ahli Parlimen Padang Terap juga memberi sokongan yang penuh kepada Tan Sri Muhyiddin sebagai perdana menteri,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mahdzir turut menyokong kenyataan rakan sejawatnya dalam UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sebelum ini dilaporkan mencadang agar Parlimen dibubar bagi membolehkan PRU-15 diadakan segera.

Dalam satu temubual dengan akhbar tempatan Ismail Sabri dipetik sebagai berkata, pilihan raya adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negara dengan memulangkan semula kepada rakyat untuk membuat keputusan.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast