Akademi bola sepak kembali bermula engikut SOP yang ditetapkan FAM seperti ditetapkan KKM.Foto Ehsan: FAM

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berpuas hati melihat akademi bola sepak kembali beroperasi mengikut garis panduan ‘Return to Football’ semalam.

FAM berkata, sesi latihan akademi dijalankan dengan mengikuti garis panduan yang disyorkan oleh pihaknya selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini.

Akademi bola sepak kembali bermula engikut SOP yang ditetapkan FAM seperti ditetapkan KKM.Foto Ehsan: FAM

Sebagai badan pentadbir bola sepak, FAM memastikan bahawa tidak ada akademi-akademi di peringkat akar umbi yang akan ketinggalan tanpa garis panduan dan bantuan untuk bermula latihan dan operasi di dalam persekitaran yang selamat.

FAM telah pun menerima sebanyak 41 permohonan pendaftaran daripada akademi-akademi.

Akademi bola sepak kembali bermula engikut SOP yang ditetapkan FAM seperti disyaratkan KKM antaranya penjarakan sosial dan pengukuran suhu badan terhadap setiap pemain sepanjang sesi latihan akademik.Foto Ehsan: FAM

Kata FAM kesemua permohonan pendaftaran pemain akademi diterima di lapan buah negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Kedah, Pahang, Pulau Pinang dan Sabah.

Akademi yang masih belum lagi mendaftar boleh mendapatkan lebih maklumat tentang garis panduan dan muat turun fail sumber di laman web https://fam.org.my/news/fam-Return to Football – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast